Wednesday, 14 July 2010

Ajal maut di tangan siapa?

aku pg keje naik moto.
tp sejak akhir2 ni aku terasa yg aku nak ubah dr naik moto kpd naik kereta.
aku rasa naik moto ni bnyk kebarangkalian utk accident.
bnyk baca dlm berita, kematian penunggang moto ni lg tinggi dr kereta.
risiko utk accident pun lbh tinggi.

tambahan lg aku dpt teori dan aku nampak bwk moto ni lg bnyk problem dr bawak kereta.
maybe la maintenance dan installment mahal, tp dr pengalaman aku kereta ni kurang sikit masaalah dia dan kalau ada pun amik masa lama.
moto mungkin murah tp hampir setiap bulan mesti aku kena something yg akhirnya mengabiskan duit aku.
aku rasa MUNGKIN la sama je cost bulanan utk kedua2 benda ni.

aku cuba citer kat bbrp kawan aku yg naik moto psl kereta.
aku dpt bbrp response yg agak sama dr kawan2 aku yg mana menariknya kebnykkannya melayu.

"Naik motor ni, mcmmana bahaya pun, slagi blum ajal buat pe kita nak risau".
"Naik kereta pun kalau kata selamat mana pun, kalau mmg takdirkan kita mati, kita mati jugak".
"Manusia ni dah di tentukan ajal dia. tak kira naik moto ke naik kete".

ada yg bg response, utk save duit yg mana aku rasa mmg betul jugak utk diorng sbb diorang duduk dkt kwsn opis. utk aku yg tinggal agak jauh ni MUNGKIN la better naik kereta. MUNGKIN...
*tp aku masih naik moto sampai skrng.

aku bukan nak kata kita jangan naik moto.
apa yg aku nak kata kan disini ttg mcmmana org kita berfikir ttg ajal.
mmg aku setuju dan terima dgn kata bahawa ajal maut di tangan tuhan.
aku setuju yg tuhan lah yg tentukan hidup mati kita.

tp aku rasa yg kita tak patut meningkat kan kebarangkalian utk mati.
knp kita perlu mati sdgkan kita boleh buat bnyk benda utk negara, bangsa, family, rakan2, company dll KALAU KITA HIDUP.

kalau kita mati, siapa nak jaga anak bini kita.
kalau kita mati, siapa nak jenguk dan bantu mak bapak kita.
kalau kita mati, berkurang lah sorng lg pembayar cukai utk negara.
kalau kita mati, rugi la negara sdgkan manusia ialah aset negara.
kalau kita mati....

keadaan ni sama la mcm org hisap rokok.
"tak hisap rokok pun mati jugak".
"buat pe nak idup lama2. makin lama idup makin susah idup".
"hisap rokok pun tak semestinya mati di sbbkan rokok"
"ajal maut di tangan tuhan".

p/s: apa kata time org tngh terbang pokok guna parang, kita duduk kat sblh pokok tu. pastu cuba kata ajal maut ditangan tuhan. hehe...

No comments:

Post a Comment