Thursday, 1 July 2010

Wanita Jual Bayi Dengan Harga RM7,400

mlm ni aku nak kena pg airport amik adik bini aku yg blaja medic kat russia.

so aku balik awak sikit la sbb nak ready sblm gerak.
then nak kena kemas rumah sikit sbb rumah bersepah tahap dewa.
plan nak suruh dia tido kt rumah aku sblm gerak balik kg esok.

bini aku pun sama gak cam aku jugak balik awal sikit.

dlm pkl 620 ptg dia balik. awal pulak.
biasa pkl 645 baru sampai.

aku bukak pintu. tngk kat tngn dia cuma ada beg tangan dia aje.

Aku: "Mana afif?"

bini aku tercengang.

Bini aku: "Eh. Lupa! huuuu~~"

HAHAHAHAHA!!
aku tergelak besar.

bini aku xcited nak jumpa adik dia sampai lupa anak.
HAHAHAHAHA!!

p/s: harga baby cuma RM7k di pasaran.

Madu paling mahal kat dunia

bnyk kali aku dengar pompuan kata org laki tak setia pd yg satu.
ayat yg sama aku dengar dari org perempuan sejak aku sekolah menengah sampai sekarang.
entah kenapa ni menjadi topik utama bila aku berbual dgn perempuan. hehe
2002 masa aku pg jepun, ada 5-6 kapel dlm batch aku yg bercinta bagai nak rak sblm pg sana.
dlm masa 1 tahun kami kat sana 4 dr kapel breakup.
next year, semua abis breakup.

reason of breakup:
- mostly yg pompuan nye nak kapel dgn sempai.(Ni paling bnyk)
- ada tu bosan sbb duduk jauh.
- ada tu tak tahan sbb pakwe dia ajak beromen aje (1 kes yg aku tau).

tp dr kes yg aku nampak, biasa nya perempuan yg mintak breakup.
bukan lelaki.

berdasarkan kejadian yg berlaku aku dpt kesimpulan.

aku boleh simpulkan yg perempuan tak setia sblm kawen.

dan yg sbnrnya maksud lelaki tak setia tu, ialah lelaki tak setia slps kawen.
ini di kuatkan pulak dgn dalil yg lelaki boleh kawen lbh dari satu.
maka sbb tu di war2kan yg lelaki ni mmg tak setia pada yg satu tnpa melihat pd actual condition.

tp bersasarkan dr pengalaman aku; slps kawen aku takleh pikir mcmmana aku nak idup klu kawin lebih dr satu. dari kesibukan dan bebanan utk menyupport keluarga membuatkan aku tak hingin langsung nak kawen lain.

ni baru kawen satu. kalau kawen lagi satu ntah mcm mana aku nak uruskan hidup aku.
aku confirm kalau aku kawen lg satu mesti kepala aku pening, silap2 boleh heart attack dgn masaalah2 family ni.

ada baik nya aku membahagiakan diri aku dgn keluarga yg sedia ada...
p/s: Klu dua2 merajuk ana kawen tiga...

Monyet bercinta dgn manusia


ada org kata dulu aku ni bercinta monyet dgn awek aku.
ada yg kata confirm aku akan breakup lps abis sekolah.
ada yg kata aku akan kawen dgn org lain.
ada yg harap aku akan putus dgn awek aku.
ada yg kata aku akan bosan kalau kawen lps kapel lama2.
ada yg kata aku takkan happy.
ada yg tnya, ko tak bosan ke kapel lama2? (time tu aku baru kapel 1 tahun. keh...)

HAHAHAHAHAHAHA!!!!
mintak maaf aku katakan yg semua ramalan tu tak menjadi kenyataan sama sekali!!

aku tak bercinta monyet.
aku tak breakup lps abis sekolah.
aku tak kawen dgn org lain.
aku tak putus.
aku tak bosan.
aku happy.
aku kapel dgn awek aku slama 10 tahun sejak sekolah menengah.
then aku kawen sampai skrng dah 2 tahun.
kami dpt sorang anak yg comel. dan skrng nak masuk anak ke dua.
kehidupan aku happy sngt.

mereka semua membuat andaian mcm tu berdasar kan kejadian di keliling mereka.
dan mereka ingat yg itu adalah fact dan itu yg akan berlaku pd semua org.
silap besar kalau korang ingat aku mcm korang.
sbb korang percaya benda2 mcm tu yg membuat kan benda tu jadi kat korang.

STOP THIS KIND OF THINKING!
Do thing ur own way!!

p/s: Buat masa ni aku pernah dengar paling lama org kapel 8 tahun. Ada sapa2 nak pecahkan rekod aku? hehe...

Tanggang berkereta honda

Gambar hiasan
(Takde kene mengena dgn topix ni)

aku jual kereta honda aku 8 bulan lps.
aku sayang kereta tu, tp sbb family aku jualkan kereta aku tu. huhu...

sblm aku berjaya jual kereta tu, ada sorng pembeli nak beli kereta tu.
dh confirm nak beli, siap bg downpayment RM1K lg.
tp dia mintak aku repair kete tu sikit2 sblm bg kat dia.

time tu raya.
so aku balik kg le terus, alang2 dia mintak aku repair.
pg raya cam biasa smyg raya. mintak maaf kat mak bapak.
aku sebarkan cerita kete aku dh dpt di jual.

raya ke-2 dia sms aku "bang, cancel la buy ur car. my father got angry. if i still buy he will kill me. he want me to buy honda city".
aku kata "I'm ok, but downpayment consider burn la".
mamat tu pun kata "no problem".
aku down sbb tak berjaya jual kete aku.
tp at least mamat tu tak melawan ckp org tua dia.
aku akur dgn suratan takdir... eceh...

next week bapak aku call aku tnya dh jual ke belum.
aku ckp org ari tu cancel.
bapa aku ckp "tu la ko tu. jual kete pun main2".
tetiba ntah knp aku naik angin.
"DH ORG TU TAK NAK BELI. APSAL NYET (bukan nama sbnr) PLAK YG MAIN2! ORG TU LA YG MAIN2!!!".
bapak aku cuba mententeramkan aku.
aku letak telepon.

time tu aku rasa puas dpt lps kan angin aku.
tp lps tu aku rasa bersalah la pulak ckp camtu kat bapak aku.
kira durhaka ke mcm ni? kalau aku tak ckp mcm tu nanti bapak aku tu salah paham dgn aku.
tp kalau aku ckp baik2 mesti bapak aku still ingat aku main2.
bukan sekali dia buat aku mcm tu, dh bnyk kali.
slama ni aku diam aje.
tapi aku tngk smakin aku diam smakin la dia ingat aku main2.

aku dari kecik tak pernah naik suara kat mak bapak aku walaupun perkara tu mmg bukan salah aku.
aku harap dgn mcm ni aku dpt jd anak yg taat.
tp macam biasa benda yg aku buat kononnya utk buat baik kat orng, mesti jd sebaliknya.
In the end, mesti aku yg di salah kan, aku yg di marah, aku yg kena hukuman.

tapi seriously aku masih rasa menyesal ckp camtu sampai sekarang...

p/s: Buat baik berpada-pada.

Idea movie 1

setelah aku cuba menjadi blogger sejak dua menjak ni, aku tetiba terpikir idea buat movie psl blogger.

plot:
kisah psl blogger yg telah mengubah dan mempengaruhi rakyat malaysia dgn isi blog nya.
blog nya menyentuh mcm2 benda tak kira sosial, agama, politik, hiburan etc, tetapi setiap blog nya mempengaruhi keputusan dan pemikiran kesemua pihak.
terutama dari segi politik, dia menyentuh hal tak kira ttg kerajaan atau pembangkang skalipun.
tulisannya telah memmberikan inspirasi kpd generasi muda utk berubah.
beberapa ahli politik berasa terancam dan cuba utk menangkap blogger ni.

Permulaan:
Di mulakan dgn perdebatan dan forum di dlm TV yg membincangkan mengenai blogger itu.
ada yg mengutuk, ada yg memuji.

kesemua ahli politik dan kerajaan mengutuk keras tindakkan blogger ini terutama nya perdana menteri ketika itu. perdana menteri telah berjanji akan menangkap blogger itu secepat mungkin.
berita2 telah mengumumkan bahawa isi dlm blog itu palsu, tetapi rakyat tak percaya.
rakyat lbh percayakan isi blog itu.

Mid:

org ramai cuba menggambarkan rupa sbnr blogger itu.
kbnykan nya bergaya macho, hensem etc.
tapi takda sapa yg tau realiti  nya jauh skali.
si blogger tak pernah menunjukkan muka dan dia memasukkan penulisan nya dari cybercafee atau melalui talian sembunyi.
setiap kali sblm kerajaan dpt kesan, dia dpt melarikan diri.

kerajaan mencuba bermacam2 cara utk menangkapnya tetapi tak berjaya.
blogger itu pernah di panggil utk bercakap dlm bbrp forum.
dia menyamarkan suaranya dgn voice emulator dan menggunakan secure network utk berhubung.
kerajaan cuma dpt kesan lokasi nya slps 30 minute, tetapi segala2nya  sudah terlambat.

Climax:
hingga lah satu masa blogger tu berbuat silap,
dia telah di kesan polis telah berjaya mengepung rumah nya.
akhirnya dia keluar dr rumah menunjukkan muka nya.
muka nerd, gemuk, selekeh. tak sesuai dgn ayat2nya yg hebat itu.
ketika muka nya terpampang live di TV semua org terkejut kerana dia tak hansam.
dan atas sbb politik, saat itu juga dia di tembak bertubi2 sblm dia dpt berkata apa2.

Ending:
slps itu semua nya berubah.
kerajaan telah mengubah policy nya.
rakyat tidak malas sprti dulu lg.

perdana menteri memberi ucapan mengenai bloger itu dan memberikan kata2 yg baik utk nya.
blogger ini akan menjadi inspirasi kepada negara ini..

movie di akhiri dgn perdana menteri tersenyum dgn kemajuan negara ini, tanpa korupsi, tanpa huru hara, rakyat yg bersatu padu, dan ahli politik yg berkerja dgn tulus.

tanpa semua org sedari isi penulisan blogger itu dtg dr perdana menteri itu sendiri yg mahukan negara ini maju.
lelaki yg mati itu rupa2nya hanyalah hacker yg di upah oleh perdana menteri itu atas tujuan mengubah keadaan negara ini. perdana menteri itu kesal dgn kematiannya, ia tak sepatutnya berlaku tetapi dia sedar demi perubahan, pengorbanan di perlukan....

Cameo:
bbrp idea cameo blogger
- tu ketika polis menggeledah cyber cafee. blogger itu ada lah tuan kedai cyber cafee itu.
- ketika perdana menteri mengadakan lawatan ke university multimedia, blogger adalah student di situ
- ketika blogger mati di tembak, kelibat perdana menteri kelihatan di situ.

Soalan:
Kenapa perdana menteri bersusah payah buat begini?
- perdana menteri mempunyai masaalah utk membuat keputusan kerana di pengaruhi oleh ahli politik yg menyokongnya. dia mahu mengubah negara tetapi tekanan dari semua pihak menyusahkan utk dia membuat keputusan sendiri.
- dia menyampaikan isi hatinya melalui blog itu, tetapi di hadapan semua org mengatakan yg sebalik nya. ini utk mengelakkan diri nya dari di kenali.
- dgn cara ini dia dpt menyampai kan isi hati nya dan pada masa yg sama dpt dgn kuasa nya dia dpt mengelakkan hacker yg di upahnya td dr di tangkap. tetapi hacker itu mati di sbbkan kecuaian perdana menteri.

Cost:
takkan sampai 1 juta pun, jalan cerita je la kena betul2, dan bbrp wabak cemas. no love2 story sbb aku nyampah cerita jiwang

Risiko:
Takkan kena ban punya sbb perdana menteri jd hero. haha..

Minum air sambil berenang

aku try surfing cari info psl general election 2004.
aku terjumpa website ni.
bila aku bukak aku terkejut.


LOLWAT?
Apsal ada iklan jual VCD hindustan plak ni?
HAHAHAHAHAHA...

p/s: Kerajaan dah takde duit. diorng pun nak cari makan lebih jugak...

Balik kampung

"kalau u tak suka malaysia, u boleh balik china sana la".

ayat ni adalah ayat yg slalu aku dengar bila melayu takde modal nak lawan ckp org cina.
kdg2 benda yg di gaduhkan tu mmg hak diorng sbg rakyat malaysia.
tp sbb melayu ni tamak, dia nak benda tu utk diorng je.

cari la modal baru nak lawan ckp dgn bangsa lain.
buat org tergelak aje.

p/s: klu u tak suka, u boleh balik indon sana la

Indian company mmg power

Masa aku resign 24 hr dr company lama aku, company baru aku skrng janji nak bayarkan buyout utk aku.
tp janji tinggal janji aku tak dpt2 pun apa yg aku mintak.

slps 1 bulan aku folo up baru mamat HR tu nak reply.
dia reply kat aku "Pls share the related document" je.
WTF, lps 1 bulan baru mintak. Apsal tak mintak awal2? BODOO!!!

Then aku dptkan surat dr company lama.
Aku scan dan sent kat dia dgn email.
2 minggu aku tunggu, takde response.
aku send file tu 2 kali dan send email berpuluh2 kali kot.
tp sampai smlm takde response.

pg td aku forward email kat bos aku dan cc kat mamat HR tu skali:
"Hi bos, what happen to my buyout. I will only wait until next month for this buyout. If nothing, I will be happy to help you reduce your manpower. U always ask what is my issue with this company. I think you should know by now".

slps 5 minit aku dpt reply dr mamat HR tu:
"Hi, Regret to miss your call, was occupied with the work. We will close this by Monday".

BODOOO!! Reply la ckp bz kat aku!! takde la aku rasa nak bunuh orng. BODOOO punya India!!!

aku rasa aku la org paling bertimbang rasa sbb biarkan dia pending sampai 1 bulan. apa susah sngt nak bgtau yg kau tu BZ???!!! BODOOO!!!

p/s: Aku kutuk org india tanah besar. Bukan org india Malaysia. Org india Malaysia jauh lebih cool dr diorng.

Einstein menghantui hidup anak aku

Anak aku afif yg baru berumur 5 bulan, suka beno tngk "Baby Einstein".
kadang2 tngk cerita sampai tergelak2 terlompat.
mak aku mcm tak caya budak 5 tahun boleh gelak mcm tu.
omoshiroi naa....

aku start dl lps member aku shoukai rancangan tu kat aku 3 bulan lps.

aku baca kt wiki, nama baby einstein tu tak de kene mengena dgn Albert Einstein tu.

Tp ntah camna aku rasa anak aku dah jd pandai mcm einstein.


p/s: Albert Einstein was not the only genius

To infinity and B-yond

sdara mara ke member2 ke kalau dtg umah aku mesti tnya
kenapa tak pasang astro.

aku tak pasang astro sbb:
- aku tak tngk sngt.
- aku lg suka dl movie dr tngk astro
- aku dn bini aku lbh suka main internet dr tngk tv
- tv tu aku gunakan untuk main game atau tgk movie yg aku dl je
- aku lg suka dl HD movie dr tngk kat astro sbb gamba dia lg best

aku akan pasang astro lps Astro B-yond ada bnyk channel

p/s: 80% life aku kat rumah ialah di depan computer atau bermain game.

PKR, PRK dan RPK

bapak aku ketua UMNO.
mak aku ketua wanita UMNO.
abg aku no 4 ketua pemuda UMNO.
abg aku no 2 penyokong kuat PKR.

masa PRK 2004, abg aku penyokong kuat PKR tu pangkah PKR masa pilihan raya.

lps pilihan raya bapak aku mengamuk sbb abg aku pangkah PKR.

hingga kini aku tertanya2 mcmmana bapak aku boleh tau dia pangkah PKR.

p/s: RPK time ni belum lari pg London lg.

Main break-break moto dgn awek 2

masa sblm pg jepun, aku blaja bahasa jepun kat KL.

ada sorng mamat ni dr sarawak.
muka boleh la kata ensem sikit la dari aku.

mamat ni berkapel dgn awek dia kat situ.
kira hot kapel gak la.
dan tak lama lps tu dia cuba bg nasihat kat aku camna nak jaga awek.

"awek ni, kau kena jaga betul2. kau kena ini ini itu itu..... bla bla bla"
"tngk mcm aku. kesetiaan itu penting"
....

aku mcm biasa senyum je.
aku rasa kapel ni mesti tak lama jugak.
tp aku cuba memberi kata semangat supaya dia berjaya menjaga awek dia dgn baik.

1 tahun lps tu kami semua terbang ke jepun.

lps 3 bulan kat jepun, dia dgn awek dia break...
awek dia nak kapel dgn sempai dia.
HAHAHAHAHAHA....

Cik monyet: Bullshit, bullshit dan bullshit

Sumpahan bola

aku tak pandai main bola.
bila aku tendang bola kuat sikit aje mesti bola tu pengkor atau terbang ntah ke mana2.
sbb tu aku malas nak main atau tngk pertandingan bola skali pun.

ada bbrp member aku ber-ia2 ajak aku main bola dgn dia.

Member: Jom la jom la. team aku tak cukup org

Aku dgn terus terang kata

Aku: aku tak pandai main bola. nanti ko nyesal amik aku.
Member: Tak pe. main je. aku tak kisah sngt.

Aku: Aku main nanti ko bengang pulak. baik jangan.
Member: Tak pe. main je lah.

Maka aku pun main la.

Masa main aku dgn tak sngaja:
- terpas bola kat team lg satu
- tertendang bola kat kepala member aku
- terlepas bola sampai masuk gol
- terlanggar member aku masa rebut bola

slps itu entah mengapa kwn aku menyumpah dan buat muka bengang kat aku.
dan benda yg sama berlaku setiap 2-3 tahun dlm hidup aku. Dejavu sungguh...

p/s: Apsal la semua org degil sngt. Lain kali jgn melawan ckp aku.

Main break-break moto dgn awek

citer psl awek,
masa aku kat jepun dulu ada sorng sempai, yg giler chatting.
life dia bnyk abis kat chatting je sampai awek pun jumpa kat chat room.
ntah camna dia boleh pk nak kawen dgn awek tu.
dah la tak pernah jumpa.
dia cuma pernah tngk on webcam je.

dia ajak awek tu kawen, awek tu setuju.
apa lg, bukan main kecoh la bgtau aku.

plak tu, time tu dia tau aku kapel dgn awek aku sejak skolah lg.
dia ckp kat aku "Eh Nyet (bkn nama sbnr) , apa citer skrng Nyet. Ko kapel lama2 pun, aku yg kawen dulu".

aku cuma senyum je time tu.
aku cuma boleh kata dlm hati "biasanya org yg blagak psl awek dgn aku mesti tak jd lps ni".
tp aku cuma beri kata2 smngt kat dia utk meneruskan niat murni dia tu.
bagus la nak dirikan masjid.

lps stahun aku balik mesia, graduate.

2 tahun lps tu aku terjumpa senior aku tu.
dia tak kawen2 lagi.
dia dah break dh dgn awek tu.
HAHAHAHAHAHA!!!!....

p/s: Hidup ini penuh dgn bullshit. keh keh...

Monyet lebih berpengalaman dari anda semua

satu masa dlu aku pernah chat dgn sorang akak senior skolah teknik aku.
ntah mcmmana blh terjumpa dlm chat room time tu.

tgh chat2, tetiba je dia tnya psl awek.
aphal plak makcik ni? tetiba je ckp psl awek.
time tu aku kt jepun lg, blum kawen.
kapel dgn awek aku sejak sekolah lagi.

senior: ada awek dah?
aku: ada. kat mesia.
senior: lama dah kapel?
aku: boleh la. 6 tahun dh.
senior: lamanya. tak nak cari awek lain ke?
aku: .....

aku terkedu kejap time ni. aphal la ko nak suruh aku cari awek lain.

senior: percaya tk ckp akak. ko kapel lama2 ni tak guna. last2 ko kawen dgn org lain gak.

aku: oh ye ke?
senior: betul, mcm kakak la.

aku: oh. betul ke?
senior: betul. percaya lah cakap akak. nanti ko kawen dgn org lain gak. akak ckp ni dr pengalaman.

....

4 tahun lepas tu aku kawen jugak dgn awek aku tu.

p/s: umur banyak bukan bermaksud pengalaman pun banyak.

Cinta perempuan mmg sejati

aku bnyk baca blog member aku terutama perempuan nye blog.
boleh kata semua tulis blog jiwang la, psl life diorng la, psl kehidupan diorng yg sedih, suka duka etc.

aku tak tahan satu blog kawan aku ni tulis bukan main jiwang, seolah2 cinta dialah yg paling sejati.
pastu nak banding kan dgn aku, konon cinta dia lah yg paling bagus.

aku plak mmg suka layan org mcm ni, kasi dia high, pastu tngk perangai dia mcmmana.
kelakar pun ada. kdg2 ada muka yg tak cun, tak ensem, tp bercakap mcm dia ensem sngt.
kelakar kelakar...
keh keh...

....

lbh kelakar, selepas stahun, bila aku tnya balik, dia kata dia dh break dgn pakwe dia tu...
alasan, terlalu mengongkong la, tak memahami la, itu la, ini la....
HAHAHAHAHA...

p/s: semua org pandai ckp psl cinta, tp tak ramai dpt buktikan. bullshit je lebih!

PRK lari mcm org penakut

"Klu berani balik la mesia! Berani kerana benar, takut kerana salah!"

tu ayat bini aku bila baca psl RPK dan PI Bala lari ke London.
perkataan yg sama aku baca dlm email yg aku dpt dr ALEPS groups.

betul! klu kita benar buat apa kita nak takut!
kalau apa yg kita buat tu benar, undang2 akan menyebelahi kita.


Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. 3:142)

Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan sesungguhnya
(perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (QS. 42:43)
 
 
tp malangnya kat mesia ni undang2 cuma menyebelahi pihak tertentu aje.
takde faedahnya nak stay sini klu kena penjara.
baik lari kat negara yg undang2 nye lebih adil.

RPK mula2 dlu dh ikut undang, tp in the end dia kena penjara, kena ISA.
sama mcm PI Bala, klu dia still duduk sini mesti dia pun kena penjara.
silap2 kena c4. hehe...

org bodo je nak biarkan kesilapan berlaku dua kali.
mcm kat lampu isyarat hijau kita jalan, tetiba org dr belah mana ntah langgar kita, takkan next time pun nak biarkan macam tu...

p/s: tak pasal2 blog ni jd blog politik plak ni kang.

Konspirasi utk menjatuhkan aku

aku dtg opis pg ni dgn harapan utk berkerja dgn rajin.
tetiba aku xleh nak login ke pc aku.

aku check dgn org IT.
dia cari ID aku tak jumpa.

lps 1 jam, baru dia bgtau HR dr singapore tuka ID aku.
(bos aku ada request minggu sblm tu utk check ID aku sbb ada problem).

masaalah nya, KENAPA TAK INFORM?!!!
DIORANG XDE INFORM PUN PSL NAK TUKA ID AKU!!!
TAU2 2 HARI AKU XLEH LOGIN, 2 HARI AKU XLEH CHECK EMAIL!!!
nak tuka pun tuka la tp inform la aku!! bodo!!!!

takkan benda camtu pun nak ajar!!!!
bgtau la dulu sblm tuka pepe!!!
aku nak folo up keje aku hari ni pun tak dpt!!!!

sasuga company India.
Syabas inspektor sahab!

p/s: Aku bukan racist, tp masaalah yg aku kena ni akan membuatkan aku jd racist 1 hari nanti. huh!

Side mirror paling mahal kat dunia

pg tadi aku nak naik moto pg keje.
bila sampai kt parking moto....

SIDE MIRROR MOTO AKU HILAANNNGG!!!!

SAPA LA YG BODO SNGT NAK CURI SIDE MIRROR 10 HENGGET AKU TU!!

agaknya mat drug, dah gian sngt, curi side mirror pun JAAADI LAAH!!

p/s: gud luck aku ucapkan pd pencuri side mirror. harap2 ko jd kaya. hahahaha~!

sate kajang is the most famous sate in Malaysia!!

aku pernah terjumpa ada sekumpulan org bawa mat saleh makan sate kajang.
tetiba sorng mamat dr kumpulan tu ckp "This is the most delicious sate you can find in Malaysia".

WTF!! aku rasa nak baling kerusi je kat mamat tu.
You are insulting malaysia's sate!!

Sate kajang is not the most delicious! Its the most famous but not the most delicious!

please guy! ada baik nya korang buat research sblm bawa foreigner makan.
buat malu nama negara aje.

dr makan sate kajang kat bandar kajang tu baik korang makan sate UK kat seksyen 7, Bandar Baru Bangi tu! lg worth it. jangan bazir duit beli sate kajang!!!

p/s: Franchise style malaysia. makin buat franchise makin tak sedap.