setelah aku cuba menjadi blogger sejak dua menjak ni, aku tetiba terpikir idea buat movie psl blogger.
plot:
kisah psl blogger yg telah mengubah dan mempengaruhi rakyat malaysia dgn isi blog nya.
blog nya menyentuh mcm2 benda tak kira sosial, agama, politik, hiburan etc, tetapi setiap blog nya mempengaruhi keputusan dan pemikiran kesemua pihak.
terutama dari segi politik, dia menyentuh hal tak kira ttg kerajaan atau pembangkang skalipun.
tulisannya telah memmberikan inspirasi kpd generasi muda utk berubah.
beberapa ahli politik berasa terancam dan cuba utk menangkap blogger ni.
Permulaan:
Di mulakan dgn perdebatan dan forum di dlm TV yg membincangkan mengenai blogger itu.
ada yg mengutuk, ada yg memuji.
kesemua ahli politik dan kerajaan mengutuk keras tindakkan blogger ini terutama nya perdana menteri ketika itu. perdana menteri telah berjanji akan menangkap blogger itu secepat mungkin.
berita2 telah mengumumkan bahawa isi dlm blog itu palsu, tetapi rakyat tak percaya.
rakyat lbh percayakan isi blog itu.
Mid:
org ramai cuba menggambarkan rupa sbnr blogger itu.
kbnykan nya bergaya macho, hensem etc.
tapi takda sapa yg tau realiti nya jauh skali.
si blogger tak pernah menunjukkan muka dan dia memasukkan penulisan nya dari cybercafee atau melalui talian sembunyi.
setiap kali sblm kerajaan dpt kesan, dia dpt melarikan diri.
kerajaan mencuba bermacam2 cara utk menangkapnya tetapi tak berjaya.
blogger itu pernah di panggil utk bercakap dlm bbrp forum.
dia menyamarkan suaranya dgn voice emulator dan menggunakan secure network utk berhubung.
kerajaan cuma dpt kesan lokasi nya slps 30 minute, tetapi segala2nya sudah terlambat.
Climax:
hingga lah satu masa blogger tu berbuat silap,
dia telah di kesan polis telah berjaya mengepung rumah nya.
akhirnya dia keluar dr rumah menunjukkan muka nya.
muka nerd, gemuk, selekeh. tak sesuai dgn ayat2nya yg hebat itu.
ketika muka nya terpampang live di TV semua org terkejut kerana dia tak hansam.
dan atas sbb politik, saat itu juga dia di tembak bertubi2 sblm dia dpt berkata apa2.
Ending:
slps itu semua nya berubah.
kerajaan telah mengubah policy nya.
rakyat tidak malas sprti dulu lg.
perdana menteri memberi ucapan mengenai bloger itu dan memberikan kata2 yg baik utk nya.
blogger ini akan menjadi inspirasi kepada negara ini..
movie di akhiri dgn perdana menteri tersenyum dgn kemajuan negara ini, tanpa korupsi, tanpa huru hara, rakyat yg bersatu padu, dan ahli politik yg berkerja dgn tulus.
tanpa semua org sedari isi penulisan blogger itu dtg dr perdana menteri itu sendiri yg mahukan negara ini maju.
lelaki yg mati itu rupa2nya hanyalah hacker yg di upah oleh perdana menteri itu atas tujuan mengubah keadaan negara ini. perdana menteri itu kesal dgn kematiannya, ia tak sepatutnya berlaku tetapi dia sedar demi perubahan, pengorbanan di perlukan....
Cameo:
bbrp idea cameo blogger
- tu ketika polis menggeledah cyber cafee. blogger itu ada lah tuan kedai cyber cafee itu.
- ketika perdana menteri mengadakan lawatan ke university multimedia, blogger adalah student di situ
- ketika blogger mati di tembak, kelibat perdana menteri kelihatan di situ.
Soalan:
Kenapa perdana menteri bersusah payah buat begini?
- perdana menteri mempunyai masaalah utk membuat keputusan kerana di pengaruhi oleh ahli politik yg menyokongnya. dia mahu mengubah negara tetapi tekanan dari semua pihak menyusahkan utk dia membuat keputusan sendiri.
- dia menyampaikan isi hatinya melalui blog itu, tetapi di hadapan semua org mengatakan yg sebalik nya. ini utk mengelakkan diri nya dari di kenali.
- dgn cara ini dia dpt menyampai kan isi hati nya dan pada masa yg sama dpt dgn kuasa nya dia dpt mengelakkan hacker yg di upahnya td dr di tangkap. tetapi hacker itu mati di sbbkan kecuaian perdana menteri.
Cost:
takkan sampai 1 juta pun, jalan cerita je la kena betul2, dan bbrp wabak cemas. no love2 story sbb aku nyampah cerita jiwang
Risiko:
Takkan kena ban punya sbb perdana menteri jd hero. haha..
No comments:
Post a Comment