Monday, 12 July 2010

Water Filter

aku biasa masak aje air paip utk minuman aku.
dlu masa mula2 masuk apartment aku ni ok je lg.

tp sejak 2-3 bulan ni family aku bnyk kali kena sakit tekak.
ntah knp tetiba kualiti air kat apartment aku jd makin teruk.
air kotor mcm ni pun, maintenance still nak charge bill air setiap bulan. ceh!

aku terpikir nak beli water filter sejak dulu lg
tp sbb asyik lari budget aje, aku tak terbeli2.

tp smlm adalah climax.
aku terasa air yg aku minum tu teruk giler.
mcm... something... dlm air tu yg membuatkan tekak aku sakit, membuatkan lidah aku tak selesa.
so camna pun by hook or by crook aku mesti beli gak water filter.

bini aku suggest beli water filter yg betul2 baik punya.
beli brand diamond ke crystal ke apa ke...
aku pun rasa camtu.
sbb alang2 beli kan...

tp aku dah buat survey dgn abg2 aku kbnykkan nya semua pakai water filer tp murah2 punya.
abang aku kata "there no such thing. water filter ni cuma boleh bersihkan air je. dia takkan dpt bunuh kuman. in the end still kena masak air tu".

mungkin ada betul nya.
pepe pun aku rasa malas nak beli yg mahal2 sngt.
beli mcm biasa je la.
mintak2 berbaloi, mcm abg aku kata...

Jual ikan

ada member tulis dlm facebook.
"inilah pengorbanan dan kesusahan yg seorng ibu hadapi. pengorbanan yg tak di hadapi oleh seorng bapa".
"aku lah org paling malang kat dunia".
"kenapa aku di hadapkan dgn semua ini".

aku reply balik.
"ingat jd bapa takde pengorbanan dan kesusahan ke?".
"ingat org lain tak susah ke?".

maka bermacam2 la reply dan jawapan kpd ayat aku tu.
isteri susah payah itu ini la, suami goyang kaki la dsb.
ps2 amik contoh suami sapa2 ntah, hidup goyang kaki, isteri yg keje.
amik berita surat kabar mana ntah, lelaki ni itu duduk rumah, isteri yg keluar cari makan.
padahal org mcm tu mungkin 1 dlm 1000.
aku diam, malas nak jawab lg dh.

lps seminggu baru aku tau yg dia menghadapi masaalah dgn baby dia yg baru lahir.
bnyk complikasi.
slps aku tahu, aku berasa simpati.

tp knp aku reply mcm tu.
sbb aku tngk kadang2 org cuma tahu nilai sesuatu berdasarkan apa yg kena pd dia je.
org tak pernah tau kesusahan org lain.
org tak pernah tau apa yg org lain dah korban kan.
org tak pernah amik tau pun apa org lain dh buat.

lelaki yg aku tau, mmg jarang luahkan apa yg terbuku di hati dia.
lelaki ni bnyk suka simpan dlm hati.
kadang2 walau mcmmana susah skali pun dugaan dan pengorbanan dia, tak pernah dia luahkan.
tu la sbb nya tak pernah org lain tau kesusahan jd suami.
kdg2 si isteri cuma tau nak pointkan kesusahan dia aje.
tak pernah tau susah nya jadi suami.
tak paham knp suami dia balik lambat.

point aku kat sini bukan nak kondem pompuan.
point aku kat sini cuma kita kena paham setiap org ada kesusahan.
kadang2 ayat kita tu mcm nak kata
aku lah org paling susah kat dunia.
aku lah org paling malang kat dunia.
aku lah org yg bersusah payah.
aku lah org yg tak patut dpt org mcm ni.
aku lah itu...
aku lah ini...

sedangkan dia tak tau yg org lain pun ada masa2 susah.

ada org lain susah, ada org lain sng.
bergantung dgn mcmmana ko hadapi kesusahan tu.

tp bercakap mcm ni, seolah2 ko lah org paling susah... adalah selfish!

Penaakulan pisang

masa aku sekolah dulu ada blaja penakulan mantik.
hukum dia ialah jika
ac
dan
b = c.
maka a ialah b.

cthnya:
jika
ahmad bermain bola.
dan
pemain bola bermain bola.
maka ahmad ialah pemain bola.

jadi kami membuat kesimpulan berikut:
Jika
Rizal suka makan pisang.
monyet suka makan pisang.
Rizal adalah monyet.

Jika dan hanya jika

Utusan:
KUANTAN 11 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terbukti mengancam keselamatan negara ekoran dakwaan bahawa beliau menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA)....

.... Hishammuddin mengulas mengenai pendedahan penulis blog terkenal New York, Elaine Meinel Supkis terhadap Anwar yang didakwa sebagai 'alat' kepada CIA.
 
Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat PKR itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa besar itu di Malaysia.

Mesiakini:
Dalam edisi Ahadnya hari ini - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA ....
... Tidak banyak yang diketahui mengenai Elaine kecuali apa yang terdapat dalam blognya.

....

aku dah google psl "Elaine Meinel Supkis" yg aku jumpa cuma blog dia je.
terkenal?
hmm....

p/s: perhatikan penggunaan "jika" sekali lagi. hahaha... teringat masa aku blaja penakulan mantik dulu.

Hiburan berkadar songsang dengan otak

Game membuatkan aku malas.
aku nampak patern kerajinan aku selalu jatuh bila time aku cenderung main game.
bila aku dh start giler main game, slalu nya mesti bnyk benda aku pending, bnyk benda aku tak buat, bnyk benda yg tak settle2.

bila aku stop main game, nampak segala2 smooth, segala2nya settle.
result aku jd lebih baik.

adakah aku harus stop main game?

mungkin salah satu sbb result aku baik masa kt sekolah asrama, adalah sbb aku kurang main game, kurang tngk tv, kurang hiburan.
mungkin jugak result aku jadi teruk giler lps abis sekolah, adalah sbb aku terlalu bnyk main game, terlalu bnyak tv, terlalu banyak hiburan, terlalu bnyk internet.

kalau kita tngk org2 hafiz, mereka mmg akan kurangkan benda2 hiburan mcm ni kalau nak jadi penghafiz yg baik.
mungkin hiburan2 mcm ni yg bnyk buat org lupa, malas, kurang ingatan dsb.

maybe aku kena start mcm tu kalau aku betul2 nak sambung blaja nanti.
aku tak boleh pikirkan pepe langsung psl hiburan, dunia, etc.
hmm...

How to not become genius

masa sekolah dulu, ada sorg budak india+cina mix.
mmg pandai budak ni.
antara budak top 10 sekolah yg menjadi kesayangan cikgu2.

satu kali tu dia buat mcm kelas tambahan sendiri la utk tolong budak2 yg kurang paham dgn kimia.
patut nya ada 3 org je.
tp sbb aku minat nak blaja, aku mintak kebenaran dia join kelas dia.
dia ok je la.

masa dia ajar tetiba aku terjumpa kesilapan dgn formula dia.
pastu dgn slamba aku tunjukkan kesilapan tu dpn budak2 ni.
aku rasa bangga sbb dpt cari kesalahan budak pandai kat skolah aku.
tp dlm masa sama aku cuba ckp yg dia tersilap sikit aje ni.

lps seminggu aku mintak join lg kelas dia.
dia kata dia dah tak buat lg dah.
aku kata ok.

tp lps bbrp lama baru aku terpikir.

adakah dia bengang dan malu sampai dia tak buat kelas dia lg?
knp aku malukan dia sdgkan niat dia baik nak ajar kawan2 dia blaja?
knp aku kondem dia dpn budak2 yg pandang tinggi kat dia?
adakah adi putra buat mcm ni kat cikgu dia, jd sbb tu cikgu dia kata berlagak?
patutkah aku anggap dia mcm kawan aku time tu, sdgkan time tu dia mengajar mcm cikgu?
knp aku tak hormat dia time tu, sdg kan dia jd cikgu aku time tu wlaupun aku dan dia sebaya?
apakah menunjukkan kesilapan cikgu di depan org ramai menunjukkan yg kita tak hormat cikgu kita?
mcmmamana cara kita nak betulkan kesilapan cikgu kita kalau mmg terus terang kita nampak dia salah?
knp aku tak terpikir mcm ni sblm aku masuk kelas dia?
apa yg aku akan rasa kalau aku berada di tempat dia?
apa pandangan org lain bila dia tngk kejadian tu?
adakah org akan anggap aku ni berlagak?

sampai hari ni aku menyesal dgn perbuatan aku hari tu.

p/s: kalau la aku dpt pusing balik masa...

Adi Putra

entah tetiba kenapa ntah aku teringat psl adi putra.
maybe sbb aku dah lama tak dengar berita psl dia.
dlu pernah dengar la jugak berita2 sikit psl genius matematik ni.

aku search, cari profile psl dia dan aku jd kagum dgn budak ni.
sapa sangka budak umur 10 tahun pandai matematik mcm ni.
budak umur 10 tahun boleh cipta >200 formula matematik...
mmg satu kebanggaan lagi2 dtg nya dr budak melayu sendiri.

aku cari video dia kt u-tube, nak jugak tngk camna dia scara live.
terjumpa video adi putra dlm AC Disini.
mula2 kagum gak tngk cara dia bercakap.
pandai pulak budak ni.
kalau la anak aku mcm dia.
umur 10 tahun tp bercakap dgn penuh yakin dan berisi mcm ni.
hebat sangat hebat yes!

tp... lps tngk dlm 5 minit aku terpikir...

knp budak ni bercakap mcm baca skrip?
knp budak ni mcm bercakap besar, tp ayat2 dia ni mcm bukan dr diri dia?
knp mak bapak dia pun menjawab soalan mcm baca skrip?
knp bapak dia tetiba boleh berpuitis bertemu dgn tok guru hang tuah slps 2 hari?
knp budak ni tak happy melompat mcm budak2 lain?

tngh2 aku tngk video tu, bini aku tetiba ckp, "saya ada kawan..."
*semua cerita dia mesti dari kawan dia.
"saya ada kawan yg pernah jd cikgu budak ni. dia kata budak ni problem sikit la. tak dengar ckp cikgu, bosan dlm kelas, tak nak belaja, berlagak pandai, pastu dia ni tak campur budak2 lain. mmg problem sikit la"

soalan:
knp cikgu dia kata dia berlagak?
adakah kerana budak bercakap lebih pandai dr cikgu dia maka cikgu dia kata dia berlagak?
adakah kerana budak ni betulkan kesalahan cikgu dia masa mengajar maka cikgu dia kata dia berlagak?

knp budak ni bosan?
adakah aku akan bosan kalau aku (yg berumur 30 tahun ni) masuk kelas, dan cikgu aku masih ajar aku ABC 123?
mcmmana aku nak campur dgn budak2 lain kalau pemikiran aku jauh dr diorng?
apa salah nya aku tak campur?
adakah normal utk jd genius?
adakah einstein tu genius dan normal?
perlukan aku jd normal kalau aku genius?
adakah semua org2 genius kat dunia ni normal?

dulu aku inginkan anak aku jd segenius ini.
tp slps hari ini, aku terasa yg aku tak mahu anak aku jd terlalu genius mcm ni.

biarlah dia jadi biasa.
biarlah dia bermain mcm budak2.
biarlah dia bercampur dgn org.
biarlah dia tak lebih pandai dari cikgu dia.
biarlah dia tak jadi pelik.
biarlah pemikiran dia sebaya dgn umur dia.

jgn la dia jd macam aku yg tak pandai bercampur dgn org.
jgn la dia jd macam aku yg tak pandai berkawan ni.
jgn la dia jd macam aku yg tak banyak kawan ni.
jgn la dia jd macam aku yg tak suka berkawan.
jgn la dia jd macam aku yg hidup dlm dunia cyber shj.


amin...

Hood in the Dude

dulu masa aku darjah 3 sekolah rendah,
cikgu aku pernah kata
"Mcmmana mesia nak jalankan hukum hudud. kalau jalankan, nanti habis la semua org takde tangan."
"Mcmmana negara nak maju kalau semua org takde tangan?"
"Mcmmana org nak jd engineer kalau semua org takde tangan?"

HAHAHAHAHA....
satu gelas gelak aje time tu.
ada yg kata "hahaha bodo..."

time tu mmg pemikiran mcm2 budak2 pun.
tak pernah terpikir "outside the box".
pakai terima je ckp2 org, dan jadikan benda tu sbg panduan hidup.

soalan:
mcm mana semua org boleh takde tangan?
adakah cikgu aku tu nak kata semua org mesia ni pencuri?
utk kesalahan apa org di jatuhkan hukuman potong tangan?
adakah mencuri sebiji gula2 atau sepotong roti boleh di jatuhkan hukuman potong tangan?
adakah hudud tu sekadar potong tangan aje?
adakah hudud tu utk hukum pencuri aje?
adakah hudud tu di buat secara main2?
adakah org suka2 nak di potong tangan?
boleh ke di potong tangan org tu tanpa bukti?
menyesal tak org yg mencuri kalau sekadar penjara 1-2 bulan?

knp nak kena takut kena potong tangan kalau tak mencuri?
bukan ke hukuman berzina pun termasuk dlm hukum hudud?
camna nak buktikan org berzina tanpa melihat org tu berzina?
dan lagi dan lagi dan lagi....

p/s: satu sbb kenapa melayu tak maju

Bersatu untuk hukum hudud

Malaysia mudah amal dasar Islam jika Pas, UMNO bersatu

KOTA BHARU 11 Julai – Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, hasrat itu menjadi lebih mudah jika Pas bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, kedua-dua parti pembangkang itu jelas mempunyai perjuangan yang berbeza iaitu DAP menolak Islam manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpinnya.

“Jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza,” katanya.

HAHAHA...

Soalan:
knp tetiba nak bersatu?
dlu kan dah bersatu skjp knp boleh pecah?
knp lepas berpecah PAS makin kena tekan?
knp lepas berpecah negeri di bwh PAS kena tindas?
knp PAS kata diorng dh pernah kena tipu dulu? kena tipu apa?
nak ke UMNO laksanakan hukum hudud?
berani ke nak laksana kan hudud?
adakah undang2 hudud ni akan jd lebih tinggi dr undang2 civil?

Hairan bin ajaib

Umno: Tak hairan jika Anwar biayai temubual CNN

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temubualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Beliau berkata, bagi mereka yang mengenali Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, akan tahu ia sesuatu yang tidak mustahil dan boleh dibuat Anwar.
"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Besut di Besut, hari ini.

Patut la RTM, TV3 bnyk panggil pemimpin utk buat temubual

p/s: cara nak menjadikan teori sbg bukti

update 15/7/2010: CNN dah umumkan yg berita ni palsu. tp mcm biasa, berita ni takkan keluar dlm utusan.