Monday, 12 July 2010

Jika dan hanya jika

Utusan:
KUANTAN 11 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terbukti mengancam keselamatan negara ekoran dakwaan bahawa beliau menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA)....

.... Hishammuddin mengulas mengenai pendedahan penulis blog terkenal New York, Elaine Meinel Supkis terhadap Anwar yang didakwa sebagai 'alat' kepada CIA.
 
Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat PKR itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa besar itu di Malaysia.

Mesiakini:
Dalam edisi Ahadnya hari ini - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA ....
... Tidak banyak yang diketahui mengenai Elaine kecuali apa yang terdapat dalam blognya.

....

aku dah google psl "Elaine Meinel Supkis" yg aku jumpa cuma blog dia je.
terkenal?
hmm....

p/s: perhatikan penggunaan "jika" sekali lagi. hahaha... teringat masa aku blaja penakulan mantik dulu.

No comments:

Post a Comment