Umno: Tak hairan jika Anwar biayai temubual CNN
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temubualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.
Beliau berkata, bagi mereka yang mengenali Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, akan tahu ia sesuatu yang tidak mustahil dan boleh dibuat Anwar.
"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Besut di Besut, hari ini.
Patut la RTM, TV3 bnyk panggil pemimpin utk buat temubual
p/s: cara nak menjadikan teori sbg bukti
update 15/7/2010: CNN dah umumkan yg berita ni palsu. tp mcm biasa, berita ni takkan keluar dlm utusan.
No comments:
Post a Comment