Monday, 12 July 2010

Bersatu untuk hukum hudud

Malaysia mudah amal dasar Islam jika Pas, UMNO bersatu

KOTA BHARU 11 Julai – Hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, hasrat itu menjadi lebih mudah jika Pas bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, kedua-dua parti pembangkang itu jelas mempunyai perjuangan yang berbeza iaitu DAP menolak Islam manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpinnya.

“Jika UMNO dan Pas bekerjasama banyak perkara boleh dilaksanakan termasuk hukum hudud berbanding tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza,” katanya.

HAHAHA...

Soalan:
knp tetiba nak bersatu?
dlu kan dah bersatu skjp knp boleh pecah?
knp lepas berpecah PAS makin kena tekan?
knp lepas berpecah negeri di bwh PAS kena tindas?
knp PAS kata diorng dh pernah kena tipu dulu? kena tipu apa?
nak ke UMNO laksanakan hukum hudud?
berani ke nak laksana kan hudud?
adakah undang2 hudud ni akan jd lebih tinggi dr undang2 civil?

No comments:

Post a Comment