entah tetiba kenapa ntah aku teringat psl adi putra.
maybe sbb aku dah lama tak dengar berita psl dia.
dlu pernah dengar la jugak berita2 sikit psl genius matematik ni.
aku search, cari profile psl dia dan aku jd kagum dgn budak ni.
sapa sangka budak umur 10 tahun pandai matematik mcm ni.
budak umur 10 tahun boleh cipta >200 formula matematik...
mmg satu kebanggaan lagi2 dtg nya dr budak melayu sendiri.
aku cari video dia kt u-tube, nak jugak tngk camna dia scara live.
terjumpa video adi putra dlm AC Disini.
mula2 kagum gak tngk cara dia bercakap.
pandai pulak budak ni.
kalau la anak aku mcm dia.
umur 10 tahun tp bercakap dgn penuh yakin dan berisi mcm ni.
hebat sangat hebat yes!
tp... lps tngk dlm 5 minit aku terpikir...
knp budak ni bercakap mcm baca skrip?
knp budak ni mcm bercakap besar, tp ayat2 dia ni mcm bukan dr diri dia?
knp mak bapak dia pun menjawab soalan mcm baca skrip?
knp bapak dia tetiba boleh berpuitis bertemu dgn tok guru hang tuah slps 2 hari?
knp budak ni tak happy melompat mcm budak2 lain?
tngh2 aku tngk video tu, bini aku tetiba ckp, "saya ada kawan..."
*semua cerita dia mesti dari kawan dia.
"saya ada kawan yg pernah jd cikgu budak ni. dia kata budak ni problem sikit la. tak dengar ckp cikgu, bosan dlm kelas, tak nak belaja, berlagak pandai, pastu dia ni tak campur budak2 lain. mmg problem sikit la"
soalan:
knp cikgu dia kata dia berlagak?
adakah kerana budak bercakap lebih pandai dr cikgu dia maka cikgu dia kata dia berlagak?
adakah kerana budak ni betulkan kesalahan cikgu dia masa mengajar maka cikgu dia kata dia berlagak?
knp budak ni bosan?
adakah aku akan bosan kalau aku (yg berumur 30 tahun ni) masuk kelas, dan cikgu aku masih ajar aku ABC 123?
mcmmana aku nak campur dgn budak2 lain kalau pemikiran aku jauh dr diorng?
apa salah nya aku tak campur?
adakah normal utk jd genius?
adakah einstein tu genius dan normal?
perlukan aku jd normal kalau aku genius?
adakah semua org2 genius kat dunia ni normal?
dulu aku inginkan anak aku jd segenius ini.
tp slps hari ini, aku terasa yg aku tak mahu anak aku jd terlalu genius mcm ni.
biarlah dia jadi biasa.
biarlah dia bermain mcm budak2.
biarlah dia bercampur dgn org.
biarlah dia tak lebih pandai dari cikgu dia.
biarlah dia tak jadi pelik.
biarlah pemikiran dia sebaya dgn umur dia.
jgn la dia jd macam aku yg tak pandai bercampur dgn org.
jgn la dia jd macam aku yg tak pandai berkawan ni.
jgn la dia jd macam aku yg tak banyak kawan ni.
jgn la dia jd macam aku yg tak suka berkawan.
jgn la dia jd macam aku yg hidup dlm dunia cyber shj.
amin...

No comments:
Post a Comment