Thursday, 8 July 2010

Engineer cabuk yg bergaji >10K

aku baru dapat email dari ALEPS groups psl sorang kohai yg jd artis di jepun.

kira bagus gak la budak ni.
umur baya aku, ada master, dan boleh survive jd artis kat jepun.
study bagus, kerjaya pun bagus.
aku pun dh dengar lagu dia, boleh tahan sedap gak.
bukan calang2 org nak jd artis kat jepun.
artis2 kat jepun lebih hebat dr artis sini.
menunjukkan budak2 kita mmg berbakat bukan saja dr segi pelajaran malah dr segi kesenian.

sprti biasa semua org dlm ALEPS group memuji2 dan berbangga2 dgn pencapaian kohai ni.
bukan senang nak jd macam tu.

masa aku baru2 keje dlu, aku keje company swasta, Panasonic kat johor.
sedara mara awek aku (bini aku skrng) mcm biasa la, bercakap2 pasal keje kerajaan.
pastu suggest aku cari keje kerajaan.
aku ok je time tu, sbb aku baru je dlm family diorng, so aku terima je la apa diorng kata.

tp  makin lama makin tertekan aku.
aku di hujahkan dengan bermcm2 benda.
sampai aku rasa mcm kerjaya engineer aku ni takde masa depan langsung la.
sampai org2 yg tak berkenaan pun di buat jd contoh, seolah2 mereka pun takde masa depan.
aku down bnyk kali, kadang2 rasa nak berenti keje je.

tp sbb aku nak bergaji besar sikit, aku tahan je la.
lgpun bukan diorng yg bagi aku duit kalau aku pokai.

aku terpikir...
peliknya bila ada org jadi artis, takde pulak orng nak kata apa2.
takde plak org nak ckp takde masa depan.
mcm berbangga pun ada.

dan ini bukan saja berlaku kat keluarga sini, malah kat org lain sekali pun.
org berlumba2 nak jadi artis, sedangkan kerjaya artis ni tak semua yg berjaya.
risiko utk gagal jd artis lebih tinggi dr kerja makan gaji atau bisness.

tahun 1980-an, zaman rock kapak malaysia.
zaman tu terlalu ramai kumpulan rock, ada org kata pernah mencapai >2000 kumpulan.

tp slps 20-30 tahun, iaitu skrng, brp bnyk kumpulan rock zmn tu yg betul2 terkenal?
aku rasa kalau list kan band yg  masih terkenal dan active skrng mungkin tak sampai 10.

kata kan la MAYBE ada 20 band masih active sampai skrng,

20 / 2000 x % = 0.01%.

ada 99.9% utk gagal.
terlalu tinggi risiko nya.

ni bukan kata kumpulan rock aje, malah kalau tngk artis pun, artis mana je lah yg ada.
terlalu sikit.

tp entah kenapa org masih boleh agung2 kan kerjaya artis berbanding engineer mcm aku ni.

p/s: ada org agungkan artis sampai boleh terlepas dr undang2...

No comments:

Post a Comment