Wednesday, 7 July 2010

Robert Kwok idola aku

Hishamuddin Rais menulis;

"Seorang 'mamat' telah dilanggar kereta, apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari 'tuan doktor' tak jumpa-jumpa kerana semua 'tuan doktor' telah membunuh diri."

HAHAHAHAHAHA!!
Bila aku baca, lawak betul situasi tu.
apsal la malang sngt mamat tu.
H.R mmg pandai tulis benda2 mcm ni.

Ini ada gambaran dia tentang krisis ekonomi US.
dia ada menulis yg Malaysia pun kemungkinan besar akan mengikuti jejak langkah US.
tak kurang juga pendapat, keadaan Greece yg mana di katakan bangkrup, perkara yg sama akan berlaku kat sini.

di Greece polisi ber"jimat cermat" sedang di jalan kan dan perkara yg sama pun tngh di jalan kan kat mesia sedikit demi sedikit. tak perlu aku nak taip kat sini, baca je berita, berlambak benda yg tngh di potong kerajaan. entah kenapa, kerajaan mau rakyat berjimat, tp irony nya kerajaan tak pulak mahu berjimat.

teringat aku south park season 13 episode 3, Margaritaville.
bila ekonomi merundum, US jadi huru hara.
kyle menjadi penyelamat.

dr episod tu bnyk benda yg aku nampak.
antaranya:
- simpan duit tak bermakna duit tu selamat
- idea bahawa ekonomi itu adalah sejenis "religion". <-- mmg betul, sbb smua org skrng lebih percayakan dan memuja duit

- tp yg paling penting ialah idea; org2 patut terus berbelanja utk memulihkan ekonomi.

betul jugak.
bila semua org berhenti shopping, mcmmana ekonomi negara nak bergerak, mcmmana bisness nak maju.
bila bisness tak maju, mcmmana syarikat yg buat bisness tu nak dpt duit utk bayarkan gaji pekerja.
bila org tak dpt gaji, mcmmana org tu nak shopping.
bila org tak shopping, makin la bisness tak maju.
bila bisness makin tak maju, makin la tak boleh baya gaji.
bila org makin tak dpt gaji, makin la org tak boleh shopping...
dan lagi.... dan lagi.... dan lagi.... dan lagi.... dan lagi.... dan lagi....

in the end,
makin ramai org tak mampu beli barang,
makin ramai org berhenti belanja,
makin bnyk bisness lingkup,
makin ramai org miskin,
makin ramai org jadi papa kedana...
makin... makin... makin... makin... makin... makin...

Semua ini akan jadi chain reaction yg akan memusnahkan ekonomi dunia

p/s: tp mcmmana org nak terus berbelanja kalau harga barang asyik naik je? betul tak encik Robert Kwok?

No comments:

Post a Comment