Wednesday, 30 June 2010

Pertanian membawa berkat

masa aku mula2 skolah teknik dlu, aku diantara org yg tak pandai dlm kelas aku. plak tu masuk kelas pertanian, kelas yg paling org x nak masuk sbb tak glamer. aku masuk dgn harapan nak mencapai cita2 aku menjadi seorng doktor.

menurut sejarah sekolah, kelas pertanian adalah kelas yg tercorot dlm result SPM sekolah. tak pernah budak pertanian dpt result yg baik masa exam. slalu yg nampak pandai ialah budak2 dr kelas dagang dan elektrik, di ikuti kelas awam dan jentera.

sprti biasa budak2 pertanian batch aku di pandang rendah olh cikgu2 skolah dan murid kelas lain. ada yg main2 kan kitorng sbb masuk pertanian. cikgu yg kitorng dpt pun cikgu chokia je. dlm kelas aku cuma ada 8 budak laki, dan 32 pompuan. ada yg masuk sbb terpaksa, ada yg masuk sbb minat pertanian, ada yg masuk sbb nak jd doktor.

tuhan nak tunjukkan kuasa. tahun aku masuk tu, kelas aku di penuhi dgn budak2 pandai yg PMR nya 6-7-8A dan kebanyakan nya perempuan. maka wujud lah geng2 yg eksen mcm pandai. aku tak termasuk sbb PMR aku cuma 5A je. budak2 laki lain dlm kelas tu plak kebnyakan cuma ada 1-3A shj.

bila time exam yg pertengahan tahun form 4, aku dpt no 32 dr 40. aku down. tp aku mcm biasa aku sengih aje. budak2 pompuan yg mcm pandai tu semua dpt top 10. shabas inspektor sahab...

aku cuba blaja dgn tekun, tnya cikgu, buat bnyk latihan.
kwan kelas aku pernah kata kat aku "rilek la, blaja biar lepak, result bia gempak", "ko blaja rajin2 mcm nak masuk U je", "aku blaja rilek je, tp result aku lg bagus dr ko. baik takyah". aku cuma sengih je kat diorng. bagus la kalau mcm tu...

exam akhir tahun form 4 aku dpt no 16. aku masih down sbb apa yg aku usaha tak membuahkan hasil. mereka masih gelak2 kan aku. takpe... gambarimasu...

aku cuba fokus kpd benda yg aku minat. math!
di sbb kan math, aku juga cuba fokus pd add math dn fizik pd masa yg sama.
dn jugak aku cuba refleks kan kat kimia jugak. tp kimia bnyk hafal so aku cuma blh smpai tahap C3 max utk kimia.

aku cuba maintain kan benda yg mmg aku tau, Pendidikan Agama Islam.

aku cuba nak blaja bio n pertanian, tp sbb cikgu dia hampeh aku jd tak minat langsung. dua ni konsider hancur secara automatic.

aku mmg lemah gile kat sejarah, BM dan BI. so aku mmg tk study benda tu langsung.

exam pertengahan tahun form 5, aku dpt no 8.
hmm... ada yg mula sedar kewujudan aku dan menjadikan aku kwn baik diorng.
aku dulik apa. hehehe...

ntah camna aku dpt formula utk blaja sejarah. iaitu ingat semua nya secara keseluruhan. cthnya; soalan psl candi. ada bbrp candi yg terkenal, candi ankor wat, burubudor, lembah bujang dll... so apa aku buat, aku letak semua info psl candi yg aku ingat dlm jwpn. dan ada yg berulang2. kebaikan soalan SPM sejarah ialah dia takkan potong markah kalau info tu salah. so dia akan kira jawapan yg betul je.

exam SPM percubaan form 5. aku dpt no 4. aku skor kt add math, math, fizik, sejarah dan agama. aku sengih mcm biasa. kih kih...

dan akhitnya result SPM aku:
BM                 C3
BI                   C3
Sejarah           A1
Agama Islam   A1
Math               A1
Add Math         A1 <--- Hebat tk? hoho..
Fizik                A1
Kimia              C3
Pertanian         C5
Bio                  C6

Total aggregate: 8 Aggregate.

Aku dpt 8 aggregate. aku adalah no 1 dlm kelas dan top 10 di sekolah teknik tu! aku boleh dpt 6 kalau BM aku A1. Walaupun ada C5, C6, tp aku bangga dgn result aku. sbb aku berusaha utk dpt kan result ni. klu aku ikut kata kawan aku "blaja bia lepak, result bia gempak", mesti aku tk dpt 8 aggregate. kwn aku yg kata kat aku ayat tu, cuma dpt pangkat 1 cukup2 makan.

mungkin tak sehebat budak2 MRSM. Mungkin tak sehebat budak2 asrama penuh. sbb aku blaja skolah teknik je. skolah yg takde ajar dan tak beri fokus sngt kat student dia ttg teknik2 blaja. tp aku berasa bangga dgn diri aku sampai skrng wlaupun dh >10 tahun berlalu. sbb aku berjaya atas usaha aku dan inisiatif aku sendiri. aku tak tunggu dn lihat mcm org lain.

mmg mcm berlagak, tapi aku rasa aku layak bercakap mcm ni sbb ini adalah titik peluh aku slama ini.

dr top 10 sekolah, 5 dr nya ialah dr kelas aku. aku tak sure apa berlaku slps tu sbb lps masuk U aku tak pg skolah tu langsung sbb sibuk. tp aku dengar dr mak aku yg pengetua skolah ada menyebut keputusan cemerlang dr budak2 pertanian tahun aku. kemudian ada mention psl juara pertandingan khat peringkat negeri (aku jugak tu) pun dr kelas pertanian.

zaman tu mmg adalah zaman kegemilangan aku. hehe...

p/s: lain kali jgn berlagak. kan dh kalah dgn aku!

No comments:

Post a Comment