Wednesday, 30 June 2010

Taksub sangat!

"taksub sngt!", itu ayat mak aku masa aku umur 10 tahun, bila dia dengar berita rtm/tv3 tentang parti pembangkang. dan perkataan yg sama jugak aku dengar ketika rtm siarkan video tentang tragedi memali.

masa tu mmg rata2 org sokong BN/UMNO di sbb kan tiada kebebasan berita di mesia. org2 kg mcm kami ni mmg tak dpt langsung pendedahan tntg kesilapan atau kesalahan BN. yg nampak salah cuma pembangkang aje.

bapak aku ketua UMNO dan DUN bg daerah tmpt aku, mak aku ketua wanita UMNO dan abang aku ketua pemuda UMNO skrng. blh kata family aku ni org kuat UMNO dan berpengaruh kuat kt tmpt aku sana. muhyidin yassin tu biasa je dtg umah aku dlu.

berbalik kepada "taasub sngt", aku masih konfuse sampai skrng maksud dia.

soalan:
apa maksud sbnr taasub?
apa maksud taasub yg mak aku ckp tu?
adakah maksudnya terlalu taasub pada parti?
atau terlalu taasub pada agama?
siapa yg sbnrnya lbh taasub pada parti?
salah ke taasub pada agama?
betul ke kejadian memali tu kerana terlalu taasub?
siapa yg salah gunakan perkataan taasub ni sampai org melayu salah paham dgn maksud sbnr dia?
knp bila org kata terlalu taasub, benda tu jd negatif?
mcmmana ustaz2 kita ajar agama sampai kita boleh salah faham erti sbnr taasub?
knp lepas aku tgk video tragedi memali dlm u-tube aku jd sangsi dgn apa yg aku tau selama ni?
adakah aku terlalu taasub?

18 tahun dah berlalu. zmn millenium dan internet dh tiba.
kini semua org dh tau kebenaran tentang parti pembangkang dan kisah tragedi memali.
tp aku masih tak paham maksud ayat mak aku tu...

p/s: malu bertanya sesat jalan. tnya lebih2 dpt pelempang. hehe...

No comments:

Post a Comment